| | SKIM TUISYEN FELDA | | | | |
| | | | | | | | |
- Satu intervensi pendidikan Negara secara teratur , berstruktur , terancang , berjangka |
panjang , menggunakan tenaga pengajar yang mencukupi, terlatih dan cekap serta |
bersumber kewangan yang tetap dilaksanakan dalam bentuk Skim Tuisyen |
FELDA (STF) bagi meningkatkan prestasi murid di tanah rancangan. | |
| | | | | | | | |
- STF dilaksanakan melalui kerjasama antara Kementerian Pelajaran dan FELDA |
di mana Kementerian Pelajaran menyediakan guru tuisyen , tempat tuisyen, |
perancangan , pengurusan dan pemantauan tuisyen STF dan kos perkhidmatan |
tuisyen STF dibiayai sepenuhnya oleh FELDA | | | |
| | | | | | | | |
- STF juga merupakan satu pengupayaan kepada ibu bapa murid di Tanah Rancangan |
FELDA yang selama ini tidak berpeluang untuk mendapatkan khidmat tuisyen untuk |
anak mereka. | | | | | | | |
| | | | | | | | |
| | | | | | | | |
- Bagi sekolah-sekolah di Tanah Rancangan Felda pula , STF merupakan satu skim |
yang mempunyai peruntukan kewangan tahunan yang akan membantu sekolah dalam |
memberikan khidmat tuisyen kepada murid-murid mereka. | | |
| | | | | | | | |
- Dari segi jangka panjang, adalah diharapkan skim ini dapat membantu dalam |
membasmi keciciran , ponteng sekolah dan lain-lain masalah sosial yang | |
menghantui di Tanah Rancangan Felda , serta meningkatkan kadar peralihan |
murid di Tanah Rancangan dari tahun ketahun pengajian yang berikutnya , dari |
peringkat menengah ke pusat pengajian tinggi, pusat kemahiran dan latihan. |
| | | | | | | | |
- Dengan ini nasib masa depan murid di Tanah Rancangan FELDA akan lebih terjamin |
dan lebih ramai anak FELDA akan mendapat peluang pendidikan di peringkat yang |
tinggi serta kemudiannya menyumbang kepada kemajuan Negara. | |
| | | | | | | | |
- Perlaksanaan STF adalah selaras dengan Dasar Meningkatkan Kualiti Pendidikan |
Negara yang meliputi perlaksanaan SKIM Boucer Tuisyen , Memperkasakan |
Sekolah Kebangsaan dan mengurangkan jurang pencapaian antara murid luar |
bandar yang dijuruskan kearah menghasilkan tenaga kerja abad ke 21 yang | |
berpengetahuan serta budaya saing di peringkat global. | | | |
| | | | | | | | |