Anugerah Sekolah Bestari Felda 2009
Tahniah kepada Sekolah Kebangsaan Felda Tun Ghaffar Kemendore terpilih menerima Anugerah Sekolah Bistari Felda 2009. Penyampaian Anugerah disempurnakan sempena Hari Peneroka Negara 2009 oleh Y.A.B Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada 7 Julai 2009 di Felda Moakil 1 , Johor . Turut sama dalam majlis itu ialah Menteri Pelajaran Tan Seri Muhyiddin Yassin . Pada majlis Anugerah sempena Hari Peneroka Negara 2009 itu, Sekolah Kebangsaan Felda Tun Ghaffar Kemendore, menerima sebuah trofi, wang tunai sejumlah RM 15,000 (Lima Belas Ribu Ringgit Malaysia) dan sijil penghargaan .
Sementara itu , Guru Besar Sekolah Felda Tun Ghaffar Kemendore Puan Hjh. Kamariah bte Tawi berkata kejayaan sekolah berkenaan merupakan satu sejarah kepada sekolah ini. Menurutnya , kejayaan itu adalah berkat usaha dari guru-guru serta murid-murid.Kejayaan ini memberikan motivasi kepada Sekolah Kebangsaan Felda Tun Ghaffar Kemendore untuk menjadi sekolah terbaik di negeri Melaka pada masa akan datang.