jpnmelaka-skimtuisyenfelda.zoom-a.com
Laman Peribadi
Skim Tuisyen Felda

E-mel : jpnmelaka-skimtuisyenfelda@zoom-a.com
| LAMAN UTAMA | PENGANUGERAHAN | ANALISA PEPERIKSAAN UPSR | AKTIVITI KURSUS | PEMBINAAN MODUL STF | LAPORAN KEHADIRAN | AKTIVITI STF | PAUTAN | BUKU PELAWAT | SK. KEMENDOR | SK(F)BUKIT SENGGEH | SK.MENGGONG | SK.HUTAN PERCHA | DATA MAKLUMAT | PEMANTAUAN | Untitled | Untitled |






.

  

SKIM TUISYEN FELDA

    
         
- Satu intervensi pendidikan Negara secara teratur , berstruktur , terancang , berjangka
 panjang , menggunakan tenaga pengajar yang mencukupi, terlatih dan cekap serta
 bersumber kewangan yang tetap dilaksanakan dalam bentuk Skim Tuisyen 
 FELDA (STF) bagi meningkatkan prestasi murid di tanah rancangan. 
         
- STF dilaksanakan melalui kerjasama antara Kementerian Pelajaran dan FELDA 
 di mana Kementerian Pelajaran menyediakan guru tuisyen , tempat tuisyen, 
 perancangan , pengurusan dan pemantauan tuisyen STF dan kos perkhidmatan
 tuisyen STF dibiayai sepenuhnya oleh FELDA   
         
- STF juga merupakan satu pengupayaan kepada ibu bapa murid di Tanah Rancangan 
 FELDA yang selama ini tidak berpeluang untuk mendapatkan khidmat tuisyen untuk
 anak mereka.       
         
         
- Bagi sekolah-sekolah di Tanah Rancangan Felda pula , STF merupakan satu skim
 yang mempunyai peruntukan kewangan tahunan yang akan membantu sekolah dalam
 memberikan khidmat tuisyen kepada murid-murid mereka.  
         
- Dari segi jangka panjang, adalah diharapkan skim ini dapat membantu dalam 
 membasmi keciciran , ponteng sekolah dan lain-lain masalah sosial yang 
 menghantui di Tanah Rancangan Felda , serta meningkatkan kadar peralihan 
 murid di Tanah Rancangan dari tahun ketahun pengajian yang berikutnya , dari 
 peringkat menengah ke pusat pengajian tinggi, pusat kemahiran dan latihan.
         
- Dengan ini nasib masa depan murid di Tanah Rancangan FELDA akan lebih  terjamin
 dan lebih ramai anak FELDA akan mendapat peluang pendidikan di peringkat yang
 tinggi serta kemudiannya menyumbang kepada kemajuan Negara. 
         
- Perlaksanaan STF adalah selaras dengan Dasar Meningkatkan Kualiti Pendidikan
 Negara yang meliputi perlaksanaan SKIM Boucer Tuisyen , Memperkasakan 
 Sekolah Kebangsaan dan mengurangkan jurang pencapaian antara murid luar 
 bandar yang dijuruskan kearah menghasilkan tenaga kerja abad ke 21 yang  
 berpengetahuan serta budaya saing di peringkat global.   
         
                                                     










 


Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: